naquiddin.blogspot.com
Blog ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman dan menerangkan tentang isu semasa dan juga sebagai satu perjalanan serta pengalaman saya.Sekiranya ada isi kandungan blog ini yang tidak sesuai,harap dapat beri teguran.SEKIAN

HUT ATM KE 76 CATAT SEJARAH





ATM mencatat sejarah bilamana Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke 76 anjuran Tentera Darat Malaysia buat julung kalinya telah diadakan pada malam hari yang penuh dengan kemeriahan. Perbarisan bersejarah ini telah berlangsung di Dataran PTD, Kem Sungai Besi pada malam 9 Nov 09. Acara perbarisan bermula dengan kontinjen memasuki medan diikuti dengan memberi tabik hormat kepada Pemangku Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera. Ianya kemudian disusuli dengan nyanyian Tentera Benteng Pertahanan Negara oleh semua lapisan warga ATM yang hadir. Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin TUDM, telah melakukan pemeriksaan perbarisan yang dianggotai seramai 26 pegawai dan 545 LLP dari ketiga-tiga perkhidmatan termasuk pasukan angkatan simpanan. Perbarisan bersejarah ini telah diketuai oleh Lt Kol Sulaiman bin Ghazali dari 4 RRD dan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan dari ketiga-tiga perkhidmatan serta warga ATM. Tidak ketinggalan menyaksikan perbarisan bersejaran ini ialah para mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan Panglima Perkhidmatan serta Penasihat-penasihat Ketenteraan dari luar negara. Pihak media tempatan turut bersama menyaksikan acara bersejarah ini. Walau malam tersebut diiringi hujan gerimis, namun ianya tidak menghalang kelancaran perbarisan. Dianggarkan 3000 penonton dari setiap lapisan warga ATM serta keluarga telah bersama-sama meraikan malam bersejarah ini. Ikrar Kesatria turut dilafazkan sebagai lambang taat setia demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Kesegakan serta persembahan perbarisan yang mantap telah mendapat pujian serta tepukan gemuruh dari para penonton. Seramai 5 anggota LLP dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia manakala 5 warga awam dianugerahkan Sijil Kepujian. Di akhir perbarisan, para penonton turut disajikan dengan kemeriahan pertunjukan bunga api. Sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke 76 ini akan terus berpahat di memori setiap warga ATM yang menyertai perbarisan mahupun menyaksikan acara bersejarah ini.
0 ulasan:

Post a Comment

MY Notty Boy N Gurl....I Mis U ALL

MY Notty Boy N Gurl....I Mis U ALL
Ogy

Hitomy a.k.a Tomy

About Me

My Photo
Blog ini aku reka untuk melepaskan rasa bsan aku sebab aku ni mmg minat bab2 tulis blog,harap korang terhibur.

Kucing Untuk Diberi

Adopt dogs and cats at PetFinder

Followers