Kisah Lucu:Senario Perkahwinan
5:53 AM
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."
Kisah Lucu:Saat Indah Awal Perkahwinan
5:53 AM
Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!
Sesudah 5 tahun perkahwinan....
Sila baca dari bawah keatas
Kisah Lucu:Dilema Seorang Doktor
5:53 AM
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”
Kisah Lucu:Gajah Mati
5:53 AM
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.
Lelaki: Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.
Kisah Lucu:Kisah Orang Gila
4:55 PM
Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…
Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…
Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….
Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…
Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulangkan selipar kamu, apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya akan balik berkaki ayam seperti ayah saya dulu….”
Cerita Lucu:Pelajar Bermasalah
4:44 PM
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”
Pelajar itu menjawab..
“Okey.. boleh saja…!”
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”
“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
“… Saya adalah penjaga gol!”
NST News:Compulsory cadet officer training for UPNM students
7:42 AM
2009/10/29
PUTRAJAYA: All National Defence University of Malaysia (UPNM) students will have to undergo cadet officer training from next June. They can also expect a higher allowance.
Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said: "The cabinet has agreed that there will be no more civilian students at the university from the June 2010 intake onwards as all of them will be trained as cadet officers. This means that they will get to enjoy all the benefits of a cadet officer."
The monthly allowance for the first year of training will be RM1,200. It will increase after that.
He said the current batch of civilian students would have to undergo the cadet training programme as well. However, they will not receive allowances as they are getting loans from the National Higher Education Fund Corporation.
The minister said upon graduation, all cadets should be able to find jobs in the armed forces, the civil service or the private sector.
"Just because they are students here it does not mean all of them will get absorbed into the armed forces upon graduation.
"We want only those with the best qualifications and skills to be recruited into the armed forces," he said after launching the National Conference on Higher Education and Nation Building yesterday.
Also present were UPNM Vice-Chancellor Lieutenant General Datuk Zulkifli Zainal Abidin and Malaysian Universities Association president Tan Sri Nordin Kardi.
HUT ATM KE 76 CATAT SEJARAH
7:36 AM
ATM mencatat sejarah bilamana Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke 76 anjuran Tentera Darat Malaysia buat julung kalinya telah diadakan pada malam hari yang penuh dengan kemeriahan. Perbarisan bersejarah ini telah berlangsung di Dataran PTD, Kem Sungai Besi pada malam 9 Nov 09. Acara perbarisan bermula dengan kontinjen memasuki medan diikuti dengan memberi tabik hormat kepada Pemangku Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera. Ianya kemudian disusuli dengan nyanyian Tentera Benteng Pertahanan Negara oleh semua lapisan warga ATM yang hadir. Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin TUDM, telah melakukan pemeriksaan perbarisan yang dianggotai seramai 26 pegawai dan 545 LLP dari ketiga-tiga perkhidmatan termasuk pasukan angkatan simpanan. Perbarisan bersejarah ini telah diketuai oleh Lt Kol Sulaiman bin Ghazali dari 4 RRD dan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan dari ketiga-tiga perkhidmatan serta warga ATM. Tidak ketinggalan menyaksikan perbarisan bersejaran ini ialah para mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan Panglima Perkhidmatan serta Penasihat-penasihat Ketenteraan dari luar negara. Pihak media tempatan turut bersama menyaksikan acara bersejarah ini. Walau malam tersebut diiringi hujan gerimis, namun ianya tidak menghalang kelancaran perbarisan. Dianggarkan 3000 penonton dari setiap lapisan warga ATM serta keluarga telah bersama-sama meraikan malam bersejarah ini. Ikrar Kesatria turut dilafazkan sebagai lambang taat setia demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Kesegakan serta persembahan perbarisan yang mantap telah mendapat pujian serta tepukan gemuruh dari para penonton. Seramai 5 anggota LLP dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia manakala 5 warga awam dianugerahkan Sijil Kepujian. Di akhir perbarisan, para penonton turut disajikan dengan kemeriahan pertunjukan bunga api. Sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke 76 ini akan terus berpahat di memori setiap warga ATM yang menyertai perbarisan mahupun menyaksikan acara bersejarah ini.
SELAMAT BERSARA JEN TAN SRI ABDUL AZIZ HJ ZAINAL...
7:34 AM
Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal yang merupakan Panglima Angkatan Tentera yang ke 16 telah diraikan dalam satu upacara perbarisan yang penuh dengan istiadat ketenteraan di Pangkalan Udara Subang pada 2 Nov 09 sempena pengunduran beliau daripada perkhidmatan ATM mulai 1 September 2009. Perbarisan yang dianggotai oleh pegawai dan anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan telah terpilih sebagai acara untuk meraikan persaraan seorang pegawai kanan yang amat dihormati oleh seluruh warga ATM. Perbarisan Perpisahan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglaima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara. Majlis yang pnuh dengan istiadat ketenteraan diakhiri dengan beliau bersama isteri diarak menaiki pesawat PC7 yang telah ditarik oleh pegawai dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal telah bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia hampir 40 tahun. Jasa bakti serta pengorbanan yang telah beliau curahkan demi kesejahteraan Negara tidak akan mudah dilupakan. SELAMAT BERSARA ….
Tips Cinta:Petua Kekal Dengan Pasangan
6:47 PM
Apabila si dia sibuk, jangan pula anda terlalu merengek-rengek meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani anda ke mana jua sedangkan anda sudah tahu rutin kerjayanya.
Sekiranya si dia terlalu ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya.
Baik lelaki atau perempuan, adakalanya mereka begitu ego dan sukar mengakui sesuatu walaupun memang jelas dia yang bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tetapi anda sukar menafsirkan sikapnya.
Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa menyelitkan perancangan untuk masa depan bersama.
Apabila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan selepas itu barulah berbincang apa yang sepatutnya.
Jika si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita perkara remeh-temeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.
Sekiranya si dia terlalu mementingkan diri sendiri, cuba berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda mengenai sikapnya itu. Anda sepatutnya bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga.
Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain kerana persefahaman amat penting dalam menjalin perhubungan antara lelaki dengan perempuan.
Apabila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yang tidak menyenangkan itu.
Tetapi kalau anda menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri sehingga akan meletus sesuatu yang tidak diingini apabila timbul rasa tidak puas hati di kemudian hari.
Untuk itu, anda perlu berkata sesuatu kepadanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan anda berdua.
Apabila si dia selamba, cuba tarik perhatian si dia. Contohnya lakukan sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dulu. Oleh itu, rancang sesuatu untuk menarik perhatiannya.
Sekiranya si dia curang, jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia bersikap begitu. Tetapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda sendiri yang berundur dulu sebelum hati semakin parah lukanya.
Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya.









